JOHOR BAHRU: Keseronokan enam kanak-kanak dan remaja lelaki bermain di sekitar sungai, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas di Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama, di sini pada Ahad.
Penolong Kanan Penguasa Bomba ZON 1 Johor Hamdan Ismail berkata mangsa Sharif Mohd Sharizan Sabri, 11, ditemukan pada 9.18 malam ini manakala Mohd Ahlan Kiram, 14, ditemukan pada 10.32 malam.
Beliau berkata 21 pegawai dan anggota bomba termasuk sembilan daripada Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pertahanan Awam (APM) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang.
"Mangsa pertama (Sharif) ditemukan tidak jauh dengan mangsa kedua (Mohd Ahlan) iaitu kira-kira dua meter dengan kedalaman air lima meter," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Beliau berkata mengikut maklumat awal, Sharif terjatuh dipercayai ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh dalam sungai.
"Mohd Ahlan pula dipercayai cuba membantu Sharif yang dilihat mula lemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagal menyebabkan kedua-duanya lemas," katanya.
Hamdan berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seorang daripada rakan mangsa Mohd Azmil Jamaludin,13, ketika ditemui berkata dia juga hampir lemas namun berjaya ditarik rakannya yang lain.
Katanya, dia dan rakan-rakan lain bergegas meminta bantuan orang awam selepas kedua-dua mangsa hilang daripada penglihatan.
"Kawan saya tarik kaki dan saya selamat, sebenarnya baru hari ini kami bermain bersama di sungai ini kerana duduk di flat yang sama.
"Tidak sangka ia akan berakhir macam ini," katanya yang tinggal di Flat Taman Masai Utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
Keseronokan enam kanak-kanak dan remaja lelaki bermain di sekitar sungai, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas. - Foto Sinar Harian
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa
Perkelahan di pantai menjadi kenangan terakhir buat keluarga seorang kanak-kanak, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim, 10, yang lemas di pantai Teluk Senangin di sini.